20130803

Banner Design

PERTANDINGAN MEREKA SEPANDUK
Tujuan: i) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi peserta.

Tarikh                                 : 17 Disember 2013
Yuran pendaftaran              : RM 15.00
Bilangan peserta                 : 2 orang
Tempat pertandingan         : Padang antara Blok A & B
Masa pendaftaran               : 12.00 tengah hari
Masa pertandingan             : 12.30 tengah hari    
Pakaian                              : Kemeja-T pasukan        – Memasak
                                            Pakaian Seragam lengkap – Persembahan

Peraturan
1.             Semua hasil rekaan akan dipamerkan dan dikembalikan kepada para peserta selepas majlis unggun api.
2.             Semua rekaan sepanduk hendaklah berdasarkan tema unggun api dan disiapkan sebelum pertandingan.
3.             Panjang sepanduk yang dikehendaki ialah 2m x 1m. Warna kain sepanduk adalah bebas tetapi harus disediakan oleh pihak peserta sendiri.
4.             Bahan warna yang digunakan adalah bebas.
5.             Sebarang hasil rekaan menjadi hak milik peserta. Jika didapati hasil rekaan meniru orang lain, maka kelayakan kumpulan tersebut akan dibatalkan.
6.             Hanya 2 peserta dibenarkan memberi penerangan.
7.             Penerangan mesti dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
8.             Para peserta hanya diberikan masa 5 minit untuk membuat penerangan. Markah akan ditolak bagi peserta yang melebihi had masa.
9.             Para peserta tidak dibenarkan meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
10.         Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.
11.         Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
12.         Bagi pasukan yang tidak menjaga kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan diberi, malah akan ditolak.
13.         Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
14.         Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
15.         Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.

          PERHATIAN:   PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI
                                    DI TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.
                                   
JIKA TIDAK,   KELAYAKAN BERTANDING
                                  AKAN  
DIBATALKAN!


Pemarkahan:
Daya Tarikan & Kreativiti
35%
Penerangan & Maksud Struktur Rekaan
25%
Kecantikan & Kekemasan
15%
Kebersihan
15%
Kerjasama & Disiplin
10%
Jumlah
100%


AJK Bertanggungjawab:
i)        Lim Jia Xin        (017-4798323)
ii)      Yeoh Yun Xuan (012-4987466)