Peraturan Majlis Unggun Api Ke-20 &
Pertandingan Kemahiran Ke-13
Pertandingan Kemahiran Ke-13
1.
Semua peserta dikehendaki membayar yuran
penyertaan RM18 bagi setiap peserta.
2.
Semua peserta mestilah berpakaian kemas dan
digalakkan memakai pakaian seragam pasukan masing-masing sepanjang masa.
3.
Peserta Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 pada tahun
2013 layak untuk menyertai pertandingan yang diadakan dan juga majlis unggun
api tetapi peserta Tingkatan 5 hingga Tingkatan 6 Atas pada tahun 2013 hanya layak
untuk menyertai majlis unggun api.
4.
Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari
kawasan sekolah sepanjang hari Majlis Unggun Api ke-20 & Pertandingan
Kemahiran Ke-13 kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
5.
Peserta yang mendaftar bersama pasukan
sahaja dibenarkan masuk manakala peserta yang tidak mendaftar atau ingin datang
atas nama sendiri dilarang masuk.
6.
Peserta mestilah menjaga disiplin diri
sendiri.
7.
Hanya peserta yang berpakaian pasukan uniform akan dibenarkan masuk ke kawasan sekolah manakala mereka yang
berpakaian biasa dilarang masuk ke kawasan sekolah kecuali peserta yang akan
membuat persembahan pada malam majlis unggun api
8.
Peserta diberi amaran supaya tidak melakukan
perkara yang melanggar peraturan, seperti mengusik peserta perempuan,
mencederakan peserta lain dan sebagainya. Pihak penganjur akan mengambil
tindakan dengan menghubungi pihak polis sekiranya terdapat peserta yang melakukan
perbuatan sedemikian.
9.
Semua peserta haruslah menjaga kebersihan kawasan
sekolah sepanjang masa.
10.
Para peserta yang melanggar peraturan akan diminta
keluar dari kawasan sekolah.
11. Segala
perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
12.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kemalangan yang berlaku pada peserta. Oleh itu, para peserta
diminta menjaga keselamatan sendiri.
13.
Sila hubungi pihak penganjur jika
maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.