PERTANDINGAN TARIAN
Tujuan: i) Sebagai hiburan dalam majlis unggun api
ii)Memberi peluang kepada peserta untuk saling berkenalan.
Tarikh : 17 Disember 2013
Yuran pendaftaran : RM 15.00
Bilangan peserta : 3 – 15 orang
Tempat saringan : Padang antara Blok A & B
Tempat saringan : Padang antara Blok A & B
Tempat pertandingan : Padang
Masa pendaftaran : 1.30 petang
Masa saringan : 2.00 petang
Masa pendaftaran : 1.30 petang
Masa saringan : 2.00 petang
Masa pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api
Pakaian : --
Pakaian : --
Had masa : 5 – 7 minit
Peraturan
- Tajuk tarian adalah bebas tetapi tarian yang berkait dengan tema unggun api adalah digalakkan.
- Tarian yang berbahaya adalah dilarang.
- Ganti rugi akan dituntut daripada peserta yang merosakkan kawasan pertandingan semasa pertandingan dijalankan seperti terbakar padang apabila menggunakan api untuk menari.
- Tarian yang melibatkan bahan api tidak boleh dipersembahkan di atas pentas tetapi di padang.
- Para peserta hanya diberikan masa 5 – 7 minit untuk membuat persembahan. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had masa.
- Bilangan peserta mestilah sekurang-kurangnya 3 orang peserta. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had bilangan peserta.
- Pihak peserta harus menyediakan muzik yang hendak dimainkan semasa persembahan dalam bentuk CD atau pemacu pen dan menghantarnya kepada pihak penganjur semasa pendaftaran. Nama kumpulan/pasukan dan nama sekolah mesti dicatatkan.
- Giliran untuk membuat persembahan akan ditentukan melalui cabutan undi semasa pendaftaran dibuat.
- Pakaian adalah tidak terhad tetapi tidak boleh terlalu mencolok mata.
- Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
- Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
- Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT
PERRTANDINGAN PADA MASA YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
DIBATALKAN!
Pemarkahan:
Daya Tarikan
|
30%
|
Kreativiti
|
25%
|
Gaya & Perasaan
|
20%
|
Pakaian & Solekan
|
20%
|
Bonus
|
5%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i) Lee Wen Yi (016-4210961)
ii) Ong Le Ying (014-7418309)