PERTANDINGAN LAKONAN
Tujuan: i) Sebagai hiburan dalam majlis unggun api.
ii) Memberi peluang kepada para peserta untuk saling berkenalan.
Tarikh : 17 Disember 2013
Yuran pendaftaran : RM 15.00
Bilangan peserta : Tidak terhad
Tempat saringan : Dewan Serba Guna
Tempat pertandingan : Padang
Masa pendaftaran : 1.30 tengah hari
Masa pendaftaran : 1.30 tengah hari
Masa saringan : 2.00 tengah hari
Masa pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api
Masa pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api
Pakaian : --
Had masa : 6 – 12 minit
Peraturan
- Tajuk lakonan adalah bebas dan tajuk yang berdasarkan tema unggun api adalah digalakkan.
- Para peserta hanya diberikan masa 6 – 12 minit untuk membuat persembahan. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had masa.
- Aksi-aksi ganas dan berunsur agama, politik serta lucah adalah dilarang.
- Bahasa pertuturan dalam lakonan mesti terdiri daripada Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Pertuturan juga mestilah sopan dan tidak bersifat kasar.
- Cara lakonan adalah bebas. Rakaman dalam pemacu pen atau CD adalah digalakkan supaya memudahkan satu sama lain.
- Sekiranya mempunyai CD atau pemacu pen yang hendak digunakan semasa persembahan, pihak peserta perlulah menghantarnya kepada pihak penganjur semasa pendaftaran. Pastikan ada dicatat nama kumpulan/pasukan dan nama sekolah.
- Pakaian adalah bebas tetapi tidak boleh terlalu mencolok mata.
- Keputusan saringan akan diumumkan oleh pihak penganjur sebelum majlis unggun api diadakan. Hanya lakonan yang memuaskan akan dipilih sahaja.
- Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
- Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
- Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
- Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT
PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
DIBATALKAN!
DIBATALKAN!
Pemarkahan:
Kreativiti
|
30%
|
Pakaian & Solekan
|
20%
|
Gaya & Perasaan
|
20%
|
Kejelasan Suara & Hasil Bunyi
|
15%
|
Kerjasama
|
15%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i) Yeong Kai Ren (019-4093817)
ii) Ho jie Hui (012-4875508)
ii) Ho jie Hui (012-4875508)