PERTANDINGAN MENGHIAS TAPAK
Tujuan: i)Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi para peserta
ii)Memupuk semangat kerjasama antara peserta
Tarikh : 17 Disember 2013
Yuran pendaftaran : RM 20.00
Deposit : RM 25.00
Bilangan peserta : 10 orang
Tempat pertandingan : Padang
Masa pendaftaran : 4.00 petang
Masa pertandingan : 4.30 petang
Pakaian : Kemeja-T pasukan – Perhiasan
Peraturan
- Para peserta akan diberi masa 1 jam untuk menghias, menyiapkan hasil rekaan dan membersihkan tapak pertandingan masing-masing tetapi masa pertandingan akan tamat sebaik sahaja masa 1 jam itu tamat.
- Sebelum pertandingan dimulakan, dati pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang, para peserta dibenarkan meletakkan barang yang perlu digunakan di tapak pertandingan masing-masing.
- Markah akan ditolak bagi mana-mana pasukan yang menggunakan masa tambahan.
- Para peserta dikehendaki menyediakan barang-barang keperluan seperti gergaji, buluh dan lain-lain lagi.
- Para peserta dilarang mengorek lubang di tapak pertandingan. Pancang boleh digunakan tetapi mesti dikeluarkan selepas majlis unggun api. Penggunaan pancang mesti diberitahu kepada pihak penganjur semasa pendaftaran dibuat.
- Para peserta tidak dibenarkan meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
- Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.
- Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
- Bagi pasukan yang tidak menjaga kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan diberi, malah akan ditolak.
- Apabila masa pertandingan tamat, para peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan ditolak bagi pasukan yang melebihi masa.
- Deposit akan dikembalikan selepas pertandingan jika para peserta mematuhi segala peraturan dan menjaga kebersihan tapak pertandingan.
- Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
- Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
- Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI
DI TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING
AKAN DIBATALKAN!
AKAN DIBATALKAN!
Pemarkahan:
Daya Tarikan
|
35%
|
Kreativiti
|
30%
|
Kebersihan & Kekemasan
|
25%
|
Bonus
|
10%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i) Poh Chern Zheng (012-4551598)
ii) Yeoh Yun Xuan (012-4987466)