PERTANDINGAN NYANYIAN
Tujuan :i) Sebagai hiburan dalam Majlis Unggun Api
ii) Member peluang kepada peserta untuk saling berkenalan
Tarikh : 17 Disember 2013
Yuran Pendaftaran : RM 15.00
Bilangan Peserta : 1 - 4 orang
Tempat Saringan : Bilik Pertandingan
Tempat Pertandingan : Padang
Masa Pendaftaran : 1.30 petang
Masa Pendaftaran : 1.30 petang
Masa Saringan : 2.00 petang
Masa Pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api
Pakaian : --
Masa Pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api
Pakaian : --
Had Masa : 4 – 7 minit
Peraturan
- Tajuk lagu adalah bebas dan lagu peserta ciptaan sendiri digalakkan.
- Sebarang penciptaan lagu menjadi hak milik peserta. Jika didapati penciptaan meniru orang lain, maka markah akan ditolak.
- Lagu yang mengandungi unsur-unsur agama, politik dan lucah adalah dilarang.
- Para peserta hanya diberi masa 4 – 7 minit untuk membuat persembahan. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had masa.
- Pihak peserta harus menyediakan muzik yang hendak dimainkan dalam bentuk CD atau pemacu pen dan menghantarnya kepada pihak penganjur semasa pendaftaran. Nama kumpulan/pasukan/ dan nama sekolah mesti dicatatkan.
- Muzik yang hendak dimainkan hanya boleh dilengkapi dengan irama lagu sahaja.
- Pakaian adalah bebas tetapi tidak boleh terlalu mencolok mata.
- Keputusan saringan akan diumumkan oleh pihak penganjur sebelum majlis unggun api diadakan. Hanya nyanyian yang memuaskan akan dipilih sahaja.
- Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
- Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
- Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
- Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN: PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI
TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.
JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN
DIBATALKAN !
Pemarkahan:
Nada Suara
|
40%
|
Sebutan
|
20%
|
Perasaan
|
20%
|
Gaya
|
20%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i) Lim Jia Xin (017-4798323)
ii) Ng Cai Yin (017-4224522)
ii) Ng Cai Yin (017-4224522)